Sunday, 31 March 2013

hari yang penuh dengan emosi.

assalamualaikum. 

hari ni memang penuh dengan emosi. bercampur baur dan tak boleh nak digambarkan satu persatu. semua benda terjadi dengan cepat sampai aku sendiri tak dapat nak hayati setiap emosi tu. sedih, kecewa dan hampa. dan juga gembira,lapang dada dan lega. semua bagaikan berada dalam satu mangkuk yang tunggu masa untuk aku gaul.

enough w the emo intro.

penat sangat harini. akhirnya selamat sampai uia lepas berjalan banyak tempat. dari puncak alam ke cheras, dari cheras ke sepang, dari sepang ke putrajaya dan akhirnya gombak.

terima kasih mama ayah sebab berulang alik hantar walaupun aku dah besar panjang. mungkin ramai yang tak percaya yang aku masih berkepit dengan parents walaupun umur dah meningkat. bagi aku, cara ni lebih selamat. dikelilingi orang yang aku sayang, memang perkara yang paling indah dan sukar untuk aku lepaskan. 

terima kasih Allah.

paling menggembirakan, hari ni aku dapat bernafas seudara dengan dia. sesuatu yang memang dah lama aku tunggu-tunggukan. terima kasih selagi lagi Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk ini selepas tiga bulan lamanya. 

mungkin sebab tu juga, hati aku ni gusar dan resah. melihat dia yang didepan mata yang sukar untuk digapai.kehampaan yang sukar untuk aku gambarkan. ikutkan hati, aku pasti mati. ikutkan iman,aku bertahan. 

mungkin suatu hari nanti, aku akan mengerti semua ni. aku berdoa sentiasa semoga dipenghujungnya nanti,aku akan melihat perkara yang sukar untuk aku lihat  dan orang lain pula akan melihat melalui cara aku sekarang. 

Allah maha berkuasa dan aku akan terus berusaha. 
Assalamualaikum. 
selamat malam :) 

1 comment:

nadia hussain said...

What happen? Btw si dia tu sapa